Tuesday 2 October 2012

Nama saya Muhammad Hafiz Bin Mohd Adam, saya tinggal di kampung Pahi, Kuala Krai , Kelantan. Saya dilahirkan pada tanggal 25. Ogos.1990 di Hospital Besar Kuala Krai, Kelantan. Saya mempunyai tujuh adik - beradik dan semuanya adalah lelaki , saya adalah anak kedua daripada tujuh orang adik - beradik saya. Saya mempunyai hobi mendengar muzik, bermain video game dan membaca. Saya bersekolah rendah di sekolah kebangsaan Pahi, Kuala Krai, Kelantan dan melanjutkan pengajian ke perngkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi. Pada peringkat STPM, saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 dan berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading di Universiti Malaysia Kelantan melalui kursus Fakulti Teknologi Kreatif  dan Warisan (FTKW).Saya berada pada kelas F5. Antara Kokurikulum yang diambil oleh saya adalah Rekabentuk Weblog. Disini juga saya mengambil beberapa subjek baru seperti Bahasa English One, Hubungan Etnik, Lukisan, Kenegaraan Dan Pembagunan Malaysia, dan Kebudayaan Dan Tamadun Melayu.  Makanan kegemaran saya ialah masakan ibu dan minuman kegemaran pula ialah Milo ais. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang Arkitek yang berjaya dan dapat memajukan negara pada masa hadapan. Saya mendapat ramai kawan baru dari seluruh pelusuk negara termasuk Terengganu iaitu Muhamad Baihaqi bin Ahmad Pauzi, Zulhilmi dan Fakroul. Juga dari Kelantan iaitu Muhammad Sabri bin Sidek. Dari Perak iaitu Muhammad Yunus dan Muhammad Aizat. Dari Sabah pula Muhammad Syahril dan Muhammad Azlan.
Dari Selangor pula iaitu Muhammad Ruzaidi dan Muhammad Qasyidi. Saya genap berada disini selama sebulan dan masih mencari-cari kawan perempuan. InsyaAllah tidak lama lagi saya akan mendapat lebih ramai kawan pada masa akan datang.
       Kehidupan saya di alam Universiti amatlah berbeza dengan kehidupan di alam persekolahan. Ini disebabkan cara pergaulan antara kawan-kawan amatlah berbeza. Kita perlulah pandai mengurus dan membawa diri. Hal ini kerana perbezaan pendapat, budaya, persekitaran dan lain-lain amatlah berbeza. Kalau tersilap langkah buruk padahnya contohnya kalau mendapat kawan yang jahat, jahatlah kita dan kalau mendapat kawan yang baik, maka baiklah kita. kehidupan kita di Universiti amatlah berbeza berbanding di kediaman sendiri. Hal ini kerana kita perlu menguruskan diri sendiri seperti menguruskan jadual pembelajaran    
sendiri dengan sistematik. Menguruskan masa dengan sebaik mungkin dan menguruskan keperluan seharian seperti pemakanan, pemakaian, beribadah dan sebagainya dengan teliti. Prinsip hidup saya ialah ingin berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.
 SEKIAN TERIMA KASIH.