Monday 17 December 2012

HARRY POTTER


Harry Potter and the Order of the Phoenix

Harry Potter and the Order of the Phoenix ataupun Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix merupakan siri kelima dalam siri panjang cerita Harry Potter. Kali ini, kisahnya memerihalkan tahun kelima Harry bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts dan memaparkan kegentingan selepas kembalinya Lord Voldemort setelah 14 tahun.
Namun, pihak seperti akhbar Daily Prophet dan menteri sihir sendiri, Cornelius Fudge, mengatakan bahawa Harry dan Albus Dumbledore sengaja mempropagandakan cerita tersebut. Fudge melantik seorang guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam yang baru iaitu Dolores Umbridge, yang telah amat bersedia untuk mengambil alih jawatan Albus Dumbledore sebagai pengetua Hogwarts dengan sokongan penuh Kementerian Sihir. Walau bagaimanapun, Harry dan kawan-kawannya seperti Ronald Weasley dan Hermione Granger amat tidak menyukainya kerana dia enggan untuk berbincang bersama mereka mengenai kepulangan Voldemort adn juga kerana tidak mengajar mereka sepenuhya subjek praktikal Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Disebabkan itu, mereka telah menubuhkan Tentera Dumbledore, sebuah persatuan rahsia untuk menpersediakan Harry dan 28 lagi orang kawan-kawan sekolahnya untuk menentang Voldemort dan Death Eaternya.

Songs for Gaza





                                                                   Paletine will be free


Keberanian pemilik lagu ini telah membuka mata masyarakat tentang usaha pembebasan bumi palestin bukan sekadar melalui kata - kata malah melalui lagu dan animasi dengan penyampaiannya juga usaha jihad bagi menuntut kebebasan rakyat2 palestin. Maher zain lantang menyuarakan bahawa suatu hari palestin bakal mencapai kebebasan dan keamanan, melalui " perorang "  secara animasinya kehidupan seorang kanak2 biasa berubah kepada kekacauan. Kanak2 tersebut telah kehilangan ramai sahabat handai akibat serangan rejim israel. Perasaan ingin menentang berkobar2, dengan hanya menggengam sebiji batu dia menghampiri kereta kebal buatan rejim israel dan mereka agak terkejut dengan kehadiran " sosok " tubuh kanak2 perempuan itu yang sangat berani menentang mereka dan akhirnya berundur. Akhir sekali, dalam video klip masyarakat global perlu sedar akan nilai2 kemanusiaan, usaha perlulah dari pelbagai sumber bukan sahaja dari kata2 dusta.



FILEM HASIL STUDENT UMK YANG PERTAMA MONSUN

Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) muncul dengan filem pertama mereka yang bertajuk Monsun sebagai salah satu cara mempromosikan universiti tersebut kepada masyarakat.

DOA FOR GAZA



DOA FOR GAZA

Menekap tangan menggunakan cat hijau, merah dan hitam sebagai tanda menyokong program ini dan mengecam tindakan Israel.







    Ekoran serangan dari Rejim Israel terhadap Palestin hebahan berkenaan serangan tersebut kini menjadi liputan hangat media massa dan elektronik. Banyak nyawa terkorban dan kemusnahan kawasan petempatan rakyat Palestin. Pada pandagan peribadi saya Israel WAJIB dikecam dan TINDAKAN tegas dengan mengheret  rejim Israel ke meja pengadilan sewajarnya dilakukan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak dari seluruh dunia dan negara serta agensi - agensi tidak lupa juga Universiti Malaysia Kelantan sendiri yang melibat diri dalam usaha mengecam rejim Israel. 

    Universiti Malaysia Kelantan, kampu kota, pengkalan chepa telah mengadakan beberapa program seperti '' pray for gaza '' dan '' solat hajat seribu pelajar siswa/i ''.  Saya berpendapat bahawa program sedemikian bukan sahaja dapat membantu rakyat2 palestin malah dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dengan pihak pentadbiran serta melahirkan rasa simpati terhadap rakyat palestin.

     Hanya doaku dan doa2 mereka [ umat2 islam ] dapat membantu rakyat palestin dan menghancurkan rejim Israel lantas memberi keamanan yang sekian lama diidam - idamkan oleh semua rakyat Palestin. . .

                                         ~ ~ ~ Amin ~ ~ ~

Pray 4 gaza

GENERASI Y



              Pada hari sabtu 15.12.2012 seramai 50 orang pelajar tahun satu ftkw universiti malaysia kelantan pergi ke kampus bachok untuk memeriahkan lagi majlis yang telah diadakan pada hari tersebut, iaitu rakaman di sebalik tabir '' generasi Y ''.

             Dipengerusikan oleh Muaz mohd yang terkenal dalam bidang pengacaraan yang selalu ditayangkan dalam televisyen terutamanya Radio Televisyen Malaysia ( RTM ).

             Program ini membincangkan tentang " keusahawanan pada masa hadapan ". Forum kali ini telah menjemput 3 orang jemputan bagi membincangkan topik yang diutarakan.

            Forum ini juga menengahkan tentang Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan dimana produk tunggal kampus bachok iaitu hasil karya pelajar iaitu Ilham Rastanabe merupalan pengarah bagi filem ini. Selain itu, band monsun juga telah terlahir hasil dari beberapa pemain kugiran bebas.

          Akhir sekali, hasil karya ini sekali gus telah menganjak nama UMK terhadap negara malah dapat menyedarkan pihak2 lain bahawa universiti malaysia kelantan juga akan berjaya dan menandingi universiti yang lain.