Monday 17 December 2012

HARRY POTTER


Harry Potter and the Order of the Phoenix

Harry Potter and the Order of the Phoenix ataupun Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix merupakan siri kelima dalam siri panjang cerita Harry Potter. Kali ini, kisahnya memerihalkan tahun kelima Harry bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts dan memaparkan kegentingan selepas kembalinya Lord Voldemort setelah 14 tahun.
Namun, pihak seperti akhbar Daily Prophet dan menteri sihir sendiri, Cornelius Fudge, mengatakan bahawa Harry dan Albus Dumbledore sengaja mempropagandakan cerita tersebut. Fudge melantik seorang guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam yang baru iaitu Dolores Umbridge, yang telah amat bersedia untuk mengambil alih jawatan Albus Dumbledore sebagai pengetua Hogwarts dengan sokongan penuh Kementerian Sihir. Walau bagaimanapun, Harry dan kawan-kawannya seperti Ronald Weasley dan Hermione Granger amat tidak menyukainya kerana dia enggan untuk berbincang bersama mereka mengenai kepulangan Voldemort adn juga kerana tidak mengajar mereka sepenuhya subjek praktikal Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Disebabkan itu, mereka telah menubuhkan Tentera Dumbledore, sebuah persatuan rahsia untuk menpersediakan Harry dan 28 lagi orang kawan-kawan sekolahnya untuk menentang Voldemort dan Death Eaternya.

No comments:

Post a Comment